Rabu, 18 Juli 2018

Bentuk Kewarga Negaraan



1.     Kewarganegaraan Subnasional

Kewarganegaraan biasanya berhubungan dengan keahlian negara, tetapi istilah itu juga boleh dipergunakan untuk tahap subnasional. Entiti-entiti subnasional (umpamanya, negeri ataupun provinsi) boleh mengenakan keperluan kediaman dan sebagainya sebelum warganegara itu diizin untuk menyertai bidang politik, ataupun menerima manfaat yang diberikan oleh kerajaan entiti itu. Bagaimanapun, dalam kes tersebut, mereka yang berlayak kekadangnya juga diperlihatkan sebagai "warganegara" negeri, provinsi, atau wilayah yang berkenaan.
Kewarganegaraan, sebagaimana yang diterangkan di atas, merupakan hak-hak politik seseorang dalam sebuah masyarakat. Oleh sebab itu, anda boleh mempunyai kewarganegaraan daripada sebuah negara dan kerakyatan daripada negara yang lain. Contohnya: Seorang Amerika-Cuba boleh dianggapi sebagai rakyat Cuba kerana dia dilahirkan di sana, tetapi dia juga boleh menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui pewarganegaraan. Sebahagian negara-negara melarang kewarganegaraan duaan antara satu sama lain, umpamanya Cuba dan Amerika Serikat melarang kewarganegaraan diantara kedua-dua negara itu kerena ketegangan politik mereka.

 

1.     Kewarganegaraan Supranasional

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa pertumbuhan antara kerajaan telah memperluaskan konsep dan istilah kewarganegaraan ke peringkat antara bangsa, yang dipergunakan untuk keseluruh warganegara ahli-ahli sebuah kesatuan negara. Dua contoh yang berkaitan dengan kewarganegaraan Kesatuan Eropah dan kewarganegaraan Negara-negara Komanwel British, sehingga  kewarganegaraan pada peringkat ini merupakan konsep sekunder, dengan taraf yang lebih lemah berbanding kewarganegaraan negara.
Versi terakhir sebutan untuk kewarganegaraan supranasional akan merupakan kewarganegaraan sedunia. Bagaimanapun, Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mewakili konsep ini secara langsung; ia lebih merupakan forum antar bangsa berbanding struktur untuk menyatakan hak-hak dan tanggungjawab individu.

2.     Kewarganegaraan Kehormatan

Sebahagian negara-negara memberikan "kewarganegaraan kehormat" kepada mereka yang dianggapi mengkagumkan ataupun wajar disanjungi. Melalui Akta Kongres Amerika Syarikat dan persetujuan Presidennya, kewarganegaraan kehormat Amerika Syarikat telah dianugerahkan kepada enam orang. Hanya dua tokoh yang pernah menerima kewarganegaraan kehormat di Kanada, iaitu Raoul Wallenberg selepas kematiannya pada tahun 1985, dan Nelson Mandela pada tahun 2001. Sebagai contoh misalnya Seniwati Amerika Serikat Angelina Jolie menerima kewarganegaraan kehormatan Kemboja pada tahun 2005 kerana usaha kemanusiannya.

3.     Kewarganegaraan Sejarah

Dari segi sejarah, banyak negara mengenalkan kewarganegaraannya kepada hanya sebahagian rakyatnya, dan oleh sebab itu, tercipta suatu kelas warganegara dengan hak politik yang lebih unggul berbanding kelas yang lain. Contoh klasik bagi kewarganegaraan tersebut ialah Athena di mana abdi, wanita, dan metik tidak dibenarkan hak-hak politik. Republik Rom merupakan contoh lain, dan baru-baru ini, szlachta dari Komanwel Poland-Lithuania mempertunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri ini.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar